Saturday 18 March 2017

“Bila Tengok Barang-Barang Ni Kau Akan Sedar Diri. Kau Akan Faham Tujuan Hidup.” Wanita Kongsi Saat Pilu Bila Parcel Itu Ada Depan Mata


Seperti yang kita tahu, ajal dan maut adalah ketentuan dariNya, tiada seorang pun dari manusia yang dapat mengetahui bila tarikh akhir kita akan dipertemukan denganNya. Jadi persiapan sewaktu hayat dikandung badan ini perlulah digunakan dengansebaik mungkin, mendekatkan diri padaNya.

Namun begitu persiapan yang bagaimanakah seharusnya kita persiapkan sebelum tiba waktunya?

Menurut perkongsian dari saudari Azlia Idha ini, yang sedikit sebanyak membuka mata kita akan apa yang seharusnya kita lakukan dalam menanti saat yang tiada siapa tahu waktunya. 

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Sebenarnya saya dah hadiahkan benda ni untuk diri sendiri ketika birthday saya bulan Januari lepas. Tiada kekuatan nak share..Insyaallah hari ini dibukakan jalan moga ramai yang dapat manfaat dengan perkongsian ini.

Dah bertahun niat nak beli tapi biasalah saya rasa benda ni tak berapa penting maka duit lebih gembira dihabiskan untuk kehendak lain yang harganya lagi berganda daripada barang ni. Terkubur saja niat tertangguh dimakan masa.

Nak dijadikan cerita, saya dipertemukan dengan founder Furaiha Syarifah Furaiha (Fara) ketika event #HIC17 . Muda lagi orangnya. Dari butir katanya saya tahu ketinggian ilmunya tak padan dengan umur.

Dalam perbincangan hingga larut malam kami berborak-borak topik bisnes, kehidupan sampailah dekat topik ni yang semuanya tak terfikir lansung nak cerita.

"BILA TARIKH NAK MATI?"

Beliau bertanya dengan bersahaja kepada salah seorang kenalan yang hampir sebaya dengannya. Nadanya bukan sinikal, dia sempoi bersahaja memang nak kongsi ilmu.

krik..krik.. kami semua berpandangan sesama sendiri.

Haaa seriously seumur hidup saya inilah 'soalan maut' pertama yang saya pernah dengar. Berat mulut nak jawab.

Anggaran Umur Saya Mati.

Anda pernah fikir? Ada target?

Ok estimate saya mati umur 60tahun (wallahualam ini anggaran saja) Maka tolak dengan umur sekarang saya ada berbaki lebih kurang 25tahun lagi..aduhai pejam celik sekejap je sebenarnya..

Masa tu beliau terus capai pen melakar-lakar atas kertas tentang MATLAMAT KEMATIAN.

Saya terfikir ok mungkin dia nak cerita tentang Syurga Neraka kot.

Rupanya telahan saya salah.

Matlamat Kematian ini adalah pelan hidup menuju kematian. Maksudnya bila buat formula ni kita dah tahu berapa banyak yang perlu kita 'invest' saham akhirat setiap bulan.

Saya ulang. Setiap bulan.

Maknanya kita dah peruntukkan duit tu siap-siap ke cabang saham selepas mati iaitu Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh dan Sedekah.

Kita akan nampak berapa figure sebenar yang patut invest berdasarkan Matlamat Kematian masing-masing setiap bulan. Ada lagi detail pecahan tapi panjang ceritanya sebab ada berkesinambungan dengan BIG WHY.

Kemudian entah macam mana buka cerita tentang set jenazah. Fara dah beli pun set tu. Saya pun minta nombor telefon tempat dia beli. Save nama "KAIN KAPAN", dengan harapan saya insaf.

Balik rumah malam tu pandang ceiling. Pandang kipas berpusing..

Saya selalu terfikir "Adakah aku punya banyak masa lagi? "

Itu kalau ikut target umur. Kalau buatnya esok lusa aku pergi macam mana?

Beberapa hari selepas tu saya belek nombor telefon tu balik. Saya text nombor tu. Tapi tak harap pun prompt reply siap fikir tak reply pun takpelah (teruk kan?)

Tak lama lepas tu orang tu reply. Ok finally lepas berperang perasaan (kejap nak kejap tak nak) saya nekad order set tersebut. Letak alamat dekat rumah parents dekat Seremban (nampak tak excited pun kan nak dapat?)

Sebelum tarikh birthday saya, mak kata ada dapat parcel poslaju. Seriously bila balik rumah tengok bungkusan tu saya rasa kosong.

Takde perasaan. Nak bukak pun takde mood.

"Kan dah kata..Siapa suruh beli.." bisik suara duniawi.
Perlahan-lahan saya buka kotak yang terbalut kemas.

Nampak kain putih ... Ada kapas..

Ada bungkusan barang-barang lain dalam plastik. Saya hidu sikit botol tu bau minyak mawar tu menusuk hidung mengingatkan saya kepada jenazah arwah ayah 2 tahun lepas...

Inilah yang aku pakai nanti.. 
Aku pun bakal menjadi jenazah..
Aku pun bakal ikut jejak Ayah..

Tiada lagi baju cantik bergaya bila bekerja..
Tiada lagi tudung lilit yang selalu kupakai..
Tiada lagi makeup hatta eyeliner kegemaran..
Tiada apa-apa..

Hanya kain kapan ini yang menungguku.

Saya beritahu "Mak kalau ada apa-apa terjadi dekat kakngah atau sesapa , mak guna set ni ya. Orang letak siap-siap dekat hujung katil ni"

Entah macam mana datang kekuatan terkeluar dialog tu depan mak. Beliau terpinga-pinga mengiakan saja barangkali blur kot anak dia buang tebiat.

Masuk bilik balik air mata mengalir deras.

Perasaan yang semacam sebak, takut, insaf semuanya bercampur. Redha memang ini pengakhiranku. Bila tengok barang-barang ni kau akan sedar diri. Kau akan faham tujuan hidup. Kalau nak cerita lebih pun susah sebab kau kena hadap sendiri baru tahu feel nya..

Benarlah kata-kata "Cukuplah Kematian itu Sebaik-baik Pengajaran."

dan inilah cara saya mengingati kematianku.

Terima kasih banyak-banyak Fara. Moga Allah membalas segala kebaikanmu.

Saya dah setting akaun fesbuk saya kepada link contact pewaris sekiranya saya dah tiada. Kalau nak tahu caranya anda boleh check dekat Account Setting>Security Settings>Legacy Contact

Misi menyebarkan ilmu saya teruskan setiap hari. Itu salah satu saham akhirat dalam Pelan Matlamat Kematian. Saya tak pandai bab agama tapi saya lebih bab ilmu imej, bagi manfaat juga. Apa saja ilmu yang anda ada asal bermanfaat dikira saham akhirat.
Mohon sesiapa yang saya hutang terlupa nak bayar sila pm saya ya. Mohon maaf atas sebarang kesilapan andai ada terkasar bahasa terguris rasa..saya akui saya manusia yang terlalu banyak buat silap dan salah. Moga Allah mengampuni kita semua. Amin.

Siakap Keli
Read More

Tak Sampai 30 Minit, Anda Dah Boleh Sediakan 2 Hidangan Makanan, Hanya Dengan Ikuti 7 Tips Mudah Ini


Bab memasak sudah menjadi lumrah buat wanita, isteri, ibu, mahu pun lelaki yang suka memasak. Ia adalah salah satu ‘aktiviti’ yang perlu dilakukan untuk menjamu keluarga, selain menggambarkan rasa sayang buat mereka.

Tapi, sudah pasti dalam membuat perisapan untuk memasak perlu dilakukan lebih awal, jadi, kena bangun awal pagi, atau pun, kena ‘rushing’ balik awal dari kerja, untuk memasak buat keluarga.

BACA: Tertekan Dengan Ruangan Dapur Yang Selalu Berselerak, 6 Tip Susun Atur Barang Dapur Ini Mungkin Menjadi Penyelesaiannya

Namun begitu, percaya atau tidak, anda sebenarnya memerlukan, paling lama, dalam 30 minit sahaja untuk memasak, dan menurut tips dari saudari Rajenaz Nazira ini, ianya boleh dilakukan. Bagaimana caranya, mari kita ikuti perkongsian darinya.

Tips Memasak Hanya Dengan 15-30 Minit Sahaja

I am master in time! Hooooyeee

Ada yang dah tuntut janji saya untuk share tips. Maafla.. Baru sempat mereka ayat waktu En suami drive. Sorry dear sebab main fon masa b drive...

Kalau nk tahu tips tu jom kite go through...


Tips 1 : Pengasingan lauk 

Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Ikan jangan basuh ye siang sahaja, kalau basuh ikan then frozen kan ikan akan jadi cepat rosak.

Lagi 1, jangan bekaskan ikut jenis sahaja tetapi kene bekaskan ikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, bekaskan dengan kuantiti tersebut. Jangan bekaskan lebih sebab once kita defrost kan lauk kite tu sebaik baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.


Tips 2: Bekaskan ingredients 

Nampak tak bekas-bekas saya tu. Mula-mula tergugat gak nak pkai Tupperware, tapi memandangkan banyak lagi tempat saya boleh salurkan peruntukan tersebut, saya decide guna bekas ni. Transparent, mudah untuk kenal pasti kandungannya. Sebaik baiknya label la ye. Sebab dengan label, menggunaan masa mengambil akan dikurangkan.

Pengasingan semua ingredient memasak ni adalah amat penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan. 

Tips 3 : Kopek bawang 

Sabtu atau ahad saya akan kopek (buang kulit/kupas) - lain negeri faham lain pulak kang - Bawang merah, Bawang Besar, Bawang Putih. Ingat ye, Bawang merah Dan Bawang Besar ni bersifat penyerap bakteria sebab tu kita boleh gunakan sebagai alternative untuk rawat demam panas, selsema. Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Bila nak masak ambik ikut keperluan tumbuk atau hiris, tak payah buang masa nak kopek. Task mengopek bawang ni sebenarya lambatkan proses memasak.

Tips 4 : Tumis Cili 

Cili blend, ini penting.. Menumis cili blend ni memang leceh. Sebab ape? Kalau menumis habis la dinding dapur merecik.. Satu hal nak lap kan.. Masa tu lap lap tu. Menumis cili mesti kene betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap. Jadi kat situ dah guna masa yang panjang. So, siapkan cili blend yang dah siap tumis. 

Blend cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak la dengan plan memasak kita). Dah tumis, dah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau Kat peti ais bawah paling lama boleh simpan seminggu je. Kalau cili tu banyak simpanlah kat freezer, tahan sampai 3bulan.. Dah macam ebm pulak. Bila nak masak. Ambik je cili yang dah bertumis tu. Mudah.cepat.

Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam 

Sayur ni masalah dia cepat layu dan rosak. Apa kita boleh buat, lepas beli sayur, basuh sayur, rendam dengan air garam dalam 5min untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tu. Pastu toskan, then masukkan dalam bekas. Bila nak masak ambik je. Method ni pun boleh menjimatkan. Tak payah beli sayur setiap hari. 

Tips 6 : List menu masakan 

Ni yang paling penting.. List down menu, list dalam seminggu. List la kat kertas tampal ke peti ais ke, kat to do list smart phone ke, tulis dalam otak ke. Sebab kite akan buang banyak masa memikirkan ape kita nk masak. So, start la share resepi-resepi dalam fb ni ye.

Bila nak masak. Cek list, decide, buka pintu rumah je jangan tanggal tudung, jangan tukar baju, jangan, jangan, jangan duduk lagi. Pergi peti defrost lauk dulu dan masak nasik. 2 perkara ni yang paling ambik masa.

Pastu baru la nak lalalalalala. Jangan la lalalala tu lama sangat. Boleh terus g masak.


I did it within 20min. Sup sayur dengan fish cake for my kids. Ayam masak kicap cili kering (agak complicated sebab bukan main masuk. Ayam dan kentang nak kene goreng dulu. Baru masak.


And, my sink empty. Totally within 20min only. 

Confirm 15-30min sahaja. Makanan akan siap terhidang.

Cepat. Happy. Ikhlas.
Bila ikhlas pahala pun untuk kita..

Jom cuba. Ready to eat!

Siakap Keli
Read More

Perlukah Menepuk Belakang Bayi Sehingga Mereka Sendawa Selepas Diberikan Susu, Doktor Ini Beri Penjelasan Akan Perkara Tersebut


Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Mungkin ada yang terlepas pandang, akan perlunya untuk membuat byi ini sendawa, dan menurut perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Taufiq Razif, perlunya untuk sendawakan bayi, selepas mereka menyusu.

Mari kita ikuti perkongsian darinya


Dah Sendawakan Baby Dah Sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita. Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.

p/s : Saya Taufiq Razif berharap sangat info dan artikel ni disebarkan pada kaum lelaki macam saya ni. Saya tahu banyak suami yang tak tahu ilmu ni. Lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga.

** Follow Taufiq Razif & Set 'see first' supaya tak terlepas artikel penting ye

Read More

Seperti Ayah Kepada Anaknya, 24 Pesanan Penting Doktor Ini Kepada Wanita Dan Pesakitnya Dapat 9000 Share Dalam Masa 2 Jam


Wanita, adalah satu ciptaan Maha Esa yang amat cantik, mereka begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki dan anak-anak.

Perlu diketahui, wanita ini sistem badannya kompleks, jadi mereka memerlukan penjagaan yang lebih baik daripada lelaki.

Dengan dunia yang semakin maju, pelbagai makanan kita makan, jadi wanita lebih memerlukan penjagaan yang lebih baik, jom baca pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita diluar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. 

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. 

Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan. 
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.

Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar. 

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.

Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. 

Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.  http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Siakapkeli.my
Read More

Anaknya Menangis Kuat Semasa Dalam 'Flight', Apa Yang Dilakukan Oleh Ibu Dari Korea Ini Sebagai Tanda Minta Maaf Buat Hati Tersentuh



Gambar Hiasan

Sudah menjadi kebiasaan jika kita menaiki sesebuah pengangkutan awam dan terdengar kanak-kanak kecil menangis, walaupun ia sebenarnya mengganggu orang sekeliling tetapi ianya tidak boleh dielakkan kerana anak-anak kecil adalah lumrah bagi mereka untuk mengangis dan belum mengerti apa-apa.

Ada ibu bapa bila anak menangis, cepat-cepat memujuk anak berkenaan kerana risau menggangu orang ramai terutamanya di dalam bas, kereta api atau di dalam kapal terbang yang suasananya memang senyap apabila kebanyakkan penumpang tengah tidur.

Perkara ini juga terjadi kepada seorang lelaki Azuan Jamaludin kisahnya menaiki pesawat terdengar seorang bayi menangis dengan kuat yang ibunya mungkin berbangsa Korea.

Menurut beliau anak wanita berkenaan menangis dengan kuat, namun selepas kanak-kanak berkenaan senyap, apa yang dilakukan oleh wanita berkenaan sungguh buat ramai terharu dan memuji tindakannya.

Jom kita baca.

Pengalaman semalam masa dalam flight...

Seorang ibu dan anak kecilnya,( rasanya dari korea), baby dia menangis dari sebelum ''take off'' sampai dekat 15 minit, si ibu kelihatan sungguh sabar.

Lepas itu dengar bayi itu sudah berhenti menangis, tengok akan bayinya sudah tidur, si ibu meletak anaknya itu baik-baik dan kemudian dia bangun mengagihkan "packet" ini(gambar bawah) kepada orang ramai sambil meminta maaf kepada semua orang.. Touching


Kelihatan tertulis nota di paket berisi gula-gula berkenaan seolah-olah kata-kata baby tersebut meminta maaf, ia telah disediakan awal-awal lagi sebagai persediaan oleh ibunya(wanita berkenaan) jika anak kecilnya meragam apabila kali pertama menaiki pesawat.

Apa yang boleh dikatakan, sikap ibu berkenaan meminta maaf sungguh berbudi bahasa dan mungkin kita tidak pernah jumpa sebelum ini. - Siakapkeli.my
Read More

Jurumedik Muda: Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Bantu Ibu Bapa Selamatkan Nyawa Pesakit Sejak di Usia 2 Tahun, Tak Takut Darah Atau Mayat





Di usianya yang sangat muda, sukar untuk percaya bahawa kanak-kanak ini banyak menghabiskan masa merawat pesakit.

Malah, dia juga tidak takutkan darah.

Katon, 6, dari Nakhon Ratchasima, Thailand menerima gelaran 'angel saving wounded souls' selepas kisah menakjubkan tentangnya menular di media sosial.

Lapor CGTN, kanak-kanak itu mula melibatkan diri dalam bidang itu ketika dia berusia 2 tahun ketika ibu bapanya sedang membantu menyalurkan makanan kepada mangsa banjir.

Bapa Katon adalah seorang pemandu ambulan manakala ibunya pula seorang jururawat.

Sejak dari itu, Katon mula turun padang apabila terdapat kes-kes yang memerlukan perkhidmatan ibu bapanya (termasuk di bilik kecemasan). Katon bukan sekadar membantu ala kadar sahaja. Dia turut turun padang untuk merawat pesakit yang tercedera.



Menurut bapa, Katon tidak pernah merungut tentang 'pekerjaannya' itu. Malah, dia turut mengikuti kursus-kursus bagi menambah ilmu dalam bidang itu.

"Sejak dari itu (banjir), dia mula membantu orang lain, dia tidak pernah merungut," kata bapa.

Kanak-kanak kecil itu berkata dia tidak takutkan darah atau mayat.

"Ramai orang macam suka dengan saya, mereka ambil gambar dan beri saya duit untuk beli jajan. Saya ambil duit-duit tu dan beri kepada orang miskin," kata Katon.

"Saya juga tak takutkan hantu, kami tak pernah nampak lagi. Dan saya juga pernah melihat mayat dan kini sudah biasa. Papa kata kita tak perlu takut kerana kita di sini untuk membantu" tambahnya.





Sumber: CGTN
Read More

"Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang,"




Ada mereka diluar sana menyatakan takut untuk berkahwin kerana belum stabil, ada yang takut untuk menambah anak lagi katanya takut tidak mampu.

Perlu diketahui rezeki itu ada bagi setiap orang, cuma cara kita mencarinya dangan betul-betul ikhlas atau tidak. Perlu diketahui juga rezeki ini pemberian dari tuhan, ikhlas kita dalam ekhidupan seharian terutama kepada kelaurga insyaAllah pasti ada ganjarannya, jom kita baca kisah ini.

Aku terpanggil untuk bercerita semua ini sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Sebenarnya sudah lima tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar sepanjang perkahwinan, isteri banyak menangis dari bahagia.

Kami bercinta dan kahwin. Masa awal-awal kahwin itu, aku happy sangat. Tapi bila perkahwinan baru berusia sebulan, aku mula tak suka dengan isteri sebab aku rasa dia ada kekurangan. Masa itu, dia mengandung. Walaupun itu anak pertama kami, aku rasa tak gembira pun. Sebaliknya aku rasa membebankan.

Aku nak balik kerja pun aku rasa menyampah sebab isteri tak attract aku macam kami pertama kali kenal dulu. Dulu rasa tergila-gila sangat nak jumpa dia.

Dipendekkan cerita, sebab sebenarnya banyak perkara kejam yang aku dah buat di belakang isteri.

Perkara yang aku sendiri tidak dapat maafkan bila aku teringat ex aku semula! Kemudian mulalah aku membanding-bezakan dua wanita ini. Aku siap beritahu isteri yang ex aku lagi sempurna untuk aku.

Sekarang, bila aku fikir-fikirkan semula, memang rasa malu dan nak melutut minta maaf pada isteri sebab menduakan dia. Bayangkanlah, tiga tahun lebih aku tipu dia.

Aku nak cerita, tapi korang janganlah marah aku pula. Aku cuma nak korang yang ada perangai macam aku ini sedar cepat.

Ada satu masa itu, aku balik dari kerja. Aku suruh isteri sediakan makanan. Dia cakap, "tak lalu nak masuk dapur". Aku memang tengking dan marah dia pada masa itu, siap kata dia tak guna dan paksa juga dia masak untuk aku.


Masa nak tidur satu hari itu, dia bagi aku bertambah stress. Dia kata aku busuk, bau rokok. Ini aku memang tak boleh terima sebab dulu dia langsung tak kisah pun. Aku tengking dia,"Kalau aku busuk, berambuslah!!" 


Aku paling tak suka isteri aku ini sebab dia terhegeh-hegeh. Aku faham perut dia dah besar pada masa itu. Tapi takkan tak boleh jalan laju sikit? Siap pegang-pegang pinggang pula. Menyesal, kenapa aku kahwin!

Korang yang baca pun mesti sakit hati dengan aku, kan? Sebenarnya aku pun sakit hati dengan aku sendiri. Tetapi itu dulu, sekarang aku dah lain disebabkan satu benda. Kawan rapat aku, Azman. Dia handsome seperti Aaron Aziz.

Masa di universiti pun kami panggil dia Aaron. Yang aku pelik, dia berkahwin dengan seorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung.

Kali terakhir aku jumpa Azman, masa kami kerja bersama empat tahun yang lalu. Masa itu dia mekanik dengan aku di kedai pakcik aku. Sebulan lepas, aku terserempak dengan dia. Alangkah terkejutnya aku yang dia sudah memiliki syarikatnya sendiri.

Aku tahan dia dan ajak minum sebab nak tahu macam mana dia boleh mencapai kejayaan seperti ini. Ternganga aku mendengar semua cerita dia.

Azman beritahu punca dia boleh berjaya sampai sekarang adalah disebabkan isterinya.

Aku tergamam. Azman beritahu lagi, disebabkan dia jujur dan sayangkan isteri, dia sangat rasa dia cepat berjaya. Walaupun Azman belum ada anak, tetapi dia sentiasa bersyukur dan cakap perkara-perkara yang baik tentang isteri dia. Serius saya kagum dan tidak sangka.

"Kau tahu tak, lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi banyak kita peluk cium dan gembirakan hati dia, kau sendiri akan terkejut dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka.

"Benda yang kau terkejar-kejar dalam hidup kau sebenarnya ada di depan mata kau saja (isteri). Kau pelihara itu dulu, kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang," kata Azman


Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku selepas itu. Dalam perjalanan balik, aku menangis, aku sedar yang aku ego saja selama ini. Aku teringat balik setiap kali aku paksa isteri masak, dia akan sapu balm di hidung dia.

Kemudian aku akan dengar bunyi dia muntah teruk. Pernah sekali aku tengok dia lembik sangat. Aku bodoh pada masa itu. Aku cakap aku nak keluar makan dan biarkan dia di dalam tandas dalam keadaan begitu.

Baru aku sedar, ibu hamil ini rupa-rupanya sangat sensitif. Masa aku halau dia dari tidur di sebelah aku sebab dia kata aku busuk berbau rokok, dia tidur di lantai. Aku dapat rasakan dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak.


Yang paling aku benci dengan diri aku, aku tak pernah urut dia. Aku biarkan isteri aku buat itu dan ini tetapi aku tak hargai dia. Aku rasa dia sakit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti sakit badan isteri aku.

"Setiap kali aku nak balik rumah, aku akan belikan sesuatu untuk isteri aku sebab aku tahu dia akan happy," - Azman


Bila teringat pada kata-kata Azman, aku mula terfikir nak belikan sesuatu untuk isteri aku. Dalam perjalanan pulang, aku ternampak kedai bunga, tapi tak ada jumpa bunga ros pula. Jadi aku pun belilah apa yang ada.

Tiba di rumah, masa nak masuk, jantung berdegup kencang sebab selama ini aku bersalah terhadap isteri dan sangat berharap dia sudi memaafkan aku.  Belum sempat aku ketuk pintu, isteri bagi salam pada aku dengan dua biji mangga di tangan dia. Dia cakap jiran bagi, aku tahu dia mengidam.

Masa dia salam aku, aku minta maaf pada dia dan bagi bunga pada dia. Tiba-tiba dia tergelak besar. Apahal pula  isteri aku ni?

"Bang, bunga ini orang guna untuk upacara sembahyanglah abang. Abang beli kat mana?" 

Adoi! Manalah aku tahu, patutlah aci tadi senyum-senyum kat aku. Buat malu. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku berjaya buat isteri tergelak dan nikmat bila aku cium dan peluk isteri, masa itu sangat indah sangat-sangat. Aku dapat rasa penuh malaikat di tepi aku yang mendoakan kami.

Jadi itulah cerita tiga tahun yang lalu. Memang indah hidupp berkasih sayang dan bermanja ini. Aku dah lama tinggalkan keegoan aku itu. Lantaklah orang nak kata apa, yang penting aku dapat bahagiakan bidadari aku.

Sekarang isteri aku dah hamil anak kedua kami. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Jadi bila aku ternampak page kawan sekolah aku (penulis buku 9 bulan 10 hari), aku iminta izin untuk kongsikan cerita aku pada semua follower page 9 Bulan 10 Hari. Aku nak semua orang dapat merasa nikmat berkasih sayang seperti aku.

Semalam isteri ada cakap, "kalau ada rezeki untuk pergi ke Langkawi, dia nak makan beronok". Kampung akulah  ini. Korang rasa apa yang aku akan cakap? Haha!

Aku serta merta terus minta dia bersiap dan kami pun gerak ke Langkawi. Sayang punya pasal, aku beli tiket penerbangan on the spot walaupun untuk seorang, one way saja harganya RM210. Since anak pertama kami masih kategori infant, untuk dia free lah. Hahaha. Kalau dulu mungkin aku kisah tetapi sekarang hidup aku dah lain dah, Alhamdulillah. Aku pun dah buka bengkel kereta sendiri. Dah jadi bos macam kawan aku, Azman.


Ini bukan beronok tetapi sebab aku terlampau sayangkan isteri aku. Aku tak malu pun untuk beritahu satu dunia yang aku sangat cintakan dia dan disebabkan cinta aku pada isteri aku dan disebab aku buang semua ego aku. Aku pun terkejut dengan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan hambaMu ini.

Mesej ikhlas aku:

"Nur Maliza binti Hasim, abang cintakan sayang" 

Sumber: 9bulan10hari

Siakapkeli.my
Read More