Saturday 11 March 2017

Apa Nak Buat Kalau Perut Bayi Kembung?

Apa Nak Buat Kalau Perut Bayi Kembung?



Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Perut bayi kebiasaan mudah mengalami kembung perut. Jadi sebagai ibubapa, petua apa yang biasa korang amalkan? Kami ada tips ringkas yang korang boleh cuba buat sekiranya anak mengalami masalah kembung perut. Jom tengok bawah ni : 
1)Ambik kain perca untuk dijadikan bunjut, ambil segenggam lada hitam, atau jintan hitam , kemudian pusat bayi yang tanggal
2) satukan bahan-bahan ni dan jadikan macam bunjut sup
3)tekap pada seterika bunjut itu hingga jadi suam
4)Tuam pada perut bayi, belakang, tapak kaki bayi berulang kali, sapu dulu minyak telon atau gamat pada perut bayi sebelum tuam.
6) Tuam selepas bayi mandi. Perut bayi tidak akan kembung lagi dan akan dapat pusat yang cantik. 


EmoticonEmoticon