Saturday 11 March 2017

Cerita Untuk Orang Yang Pemalas!!!

Cerita Untuk Orang Yang Pemalas

Mar 10, 2016

Sumber: Facebook Izzhar Nazri.  Oleh: Aimi Nordin

Kalau tanya siapa yang pemalas memang tak ada lah yang nak mengaku. Tapi bila suruh buat itu ini macam-macam alasan lah yang kita bagi. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Simple. 

Seorang lelaki nama Izzhar Nazri bercerita macam mana dia tersalah anggap dengan seorang pekerja 7Eleven semasa nak beli topup. Katanya cerita untuk orang yang pemalas. 

Jom baca. 

Pagi tadi sebelum saya nak ke sekolah untuk ceramah, singgah kejap kat 7E.
Saya tanya, “Uncle, top-up ada?”
Uncle ni tak jawab. Tak layan. Buat muka macam tak dengar.
(Alamak, aku dah la tengah rushing ni)

Tiba-tiba datang seorang makcik, terus beritahu.
“Dik, you kalau nak beli top-up kena tunjuk kat ini papan."

Eh?

Makcik ni pun terus letak barang yang dia nak beli kat kaunter, bayar dan ambil baki.
Yang buat saya pelik, baki tu makcik ni bagi balik kat uncle cashier ni.
Uncle ni terus masukkan duit dalam poketnya.

Ok, saya dah makin pelik.

Chop!
Saya perasan something. Ada kad warna pink kat baju uncle ni.

Kad OKU.
"Cacat Pendengaran"

Sekarang saya dah faham. Tiba-tiba hati terus rasa sebak, sayu dan terharu.
Uncle ni namanya Edward. Tak dapat mendengar dan bercakap.

Uncle Edward ni pekak dan bisu, tapi dia tak pekak dan bisu hatinya.
Sebab dia tahu syukuri apa yang dia ada, cari rezeki dengan apa yang dia punya.

Kita?
Cukup sempurna.
Tapi masih banyak merungut dengan hidup. Asyik harap orang lain nak tolong, malas nak usaha.
Sibuk nak salahkan takdir serba serbi tak cukup.


Teguran untuk diri sendiri. Sebab selalu lupa, rupanya banyak lagi nikmat yang belum habis disyukuri.


So, apa lagi alasan untuk malas?


Dengarkan Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm


EmoticonEmoticon