Saturday 11 March 2017

Buat Pencinta Kucing, Ni Cara Mudah Nak Buat Wetfood Sendiri

Buat Pencinta Kucing, Ni Cara Mudah Nak Buat Wetfood Sendiri


Sumber: FB Beautifulnara Oleh: Aimi Nordin


Buat pencinta kucing yang baca ni, nak tanya korang bagi kucing korang makan apa eh ? makanan yang beli kat kedai atau bagi je nasi campur tulang ikan? Orang kata penjagaan kucing ni pun mahal juga kalau kita memang titik beratkan kesihatan dan pemakanan kucing. 

Jadi untuk menjimatkan kos korang. Kami nak share cara buat wetfood untuk kucing sendiri. Boleh simpan dalam fridge dan tahan lama. Memang jimat. 

Bahan yang diperlukan adalah:



1.    Sediakan ikan sardin sekilo atau apa sahaja jenis ikan yang kucing anda suka. 
2.    2 batang carrot 
3.    Seikat bayam atau boleh juga gantikan dengan labu. 
4.    Agar-agar

Cara-caranya pula:



1.    Rebus ikan sampai masak. Terpulang lah anda nak siang atau tidak ikan ni ya. Lebih elok jika siang. 
2.     Lepas ikan tadi sejuk, cabut kepala dan tulang ikan dan buang. Letak dalam blender untuk di blend sekali dengan carrot dan bayam tadi. Jangan lupa letak air sikit. 
3.    Kemudian masukkan bahan yang dah diblend tadi ke dalam kuali. Letak air dan agar-agar dan kacau hingga agar-agar tu cair. 
4.    Selepas 15 atau 20 minit masukkan ke dalam bekas. Biar sejuk betul barulah di masukkan ke dalam peti ais (bukan freezer)
5.    Sekarang baru boleh bagi kucing anda makan. 


EmoticonEmoticon