Monday 13 March 2017

Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!! | Sebagai anak, kita harus mengingati bahawa ibu bapalah yang membesarkan kita sejak lahir hingga dewasa. Jasa ibu bapa sememangnya tidak terhingga. Namun, sekarang banyak berlaku kes di mana anak-anak yang tidak mengenang budi ibu bapa sendiri. Bahkan, mereka sanggup lepas tangan dan menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua.
Sebuah rumah jagaan orang tua di East Dagon Township, Myanmar telah menerima seorang warga emas perempuan, Tin Tin yang berusia 87 tahun. Kisah sedih Tin Tin ini telah viral dan mendapat perhatian internet apabila ianya dilaporkan.

Coconuts Yangon melaporkan kisah Tin Tin ini yang kesunyian dan diabaikan ahli keluarganya sendiri. Ahli keluarga dan anak-anaknya sendiri yang tergamak membiarkan Tin Tin tinggal di belakang rumah mereka.
Bagi mengubat hatinya sunyi, Tin Tin telah menyimpan anak patung plastik. Anak patung ini pergi bersama dengannya ke mana-mana sahaja pada setiap masa.
“Ahli keluarga Tin Tin mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menjaganya lagi dan meminta kami (pihak rumah jagaan) untuk membawa dia pergi. Tin Tin sentiasa akur kepada kehendak orang lain sepanjang hidupnya dan apabila diberitahu dia akan dibawa ke rumah jagaan, dia hanya pasrah” lapor Coconuts Yangon lagi.
“Tin Tin juga turut memberitahu staf kami bahawa dia tidak mampu bekerja lagi. Kami jelaskan kepada beliau bahawa di sini, dia tidak perlu menjaga sesiapa, bahkan sebaliknya kami yang akan menjaganya”
Sesiapa sahaja yang sudah mencecah usia Tin Tin akan berasa takut untuk berpindah ke tempat yang baru seorang diri. Namun beliau hanya merelakan dirinya untuk pergi.
Hanya satu pinta Tin Tin apabila staf-staf rumah jagaan itu sedang mengemas barangnya untuk dibawa pergi – iaitu untuk membawa anak patungnya pergi bersama. Tin Tin yang bimbang permintaannya itu tidak akan tercapai sempat memujuk.
“Beliau bertanya sekiranya dia boleh bawa bersama anak patungnya. ‘Dia tidak perlu makan, dia hanya tersenyum sahaja” .
Bersinar-sinar wajah Tin Tin kerana terlalu gembira apabila staf tersebut memberitahu bahawa dia boleh membawa anak patungnya itu bersamanya.
Ramai pengguna media sosial telah memberi respons terhadap kisah warga emas ini dan meluahkan rasa kesal mereka.
“Saya tidak percaya dia harus bergantung dengan anak patung untuk rasa kasih sayang. Keluarga dia tidak bertanggungjawab langsung!”
Beberapa pihak juga turut berasa marah dengan tindakan keluarga Tin Tin menghantarnya ke rumah jagaan.
“Mereka tidak rasa bersyukur kerana ibu mereka masih hidup sehingga kini. Mereka masih diberi peluang untuk menjaga ibu mereka. Saya terkejut melihat jenis manusia yang sanggup mengabaikan ibu mereka begini.”
Ada juga yang menginginkan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu ini. Seorang netizen berkata, “Sudah tiba masanya Myanmar menggubal undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap golongan yang mengabaikan ibu bapa sendiri.”
Dari pihak kami, kami hanya gembira Tin Tin masih mempunyai teman di sampingnya dan staf-staf rumah jagaan yang mampu menjaganya dengan lebih baik berbanding ahli keluarganya sendiri kini.


EmoticonEmoticon