Tuesday 14 March 2017

Bayi Perempuan Enam Bulan Ditahan, Tidur Di Dalam Lokap

Bayi Perempuan Enam Bulan Ditahan, Tidur Di Dalam Lokap

01/03/2017
Bayi perempuan berusia enam bulan terpaksa tidur di dalam lokap selepas ibu dan bapanya ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan di Kampung Pasir Akar, Jerteh, Terengganu petang semalam.
Bayi perempuan itu terpaksa mengikut tidur di dalam lokap memandangkan masih menyusu badan ibunya.
Dalam serbuan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 3 petang itu, polis yang melakukan pemeriksaan menemui satu bekas plastik warna merah jambu di atas almari di dapur.
Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui sebanyak 16 tiub penyedut minuman warna biru setiap satu berisi 10 biji pil warna kemerahan dan satu tiub lagi berisi sembilan biji pil yang sama bersama sebiji pil warna kehijauan disyaki dadah.


EmoticonEmoticon