Saturday 11 March 2017

Nak Wajah Awet Muda Dari Usia Sebenar? Amalkan Makan Sayur Ni

Nak Wajah Awet Muda Dari Usia Sebenar? Amalkan Makan Sayur Ni

Jan 26, 2017

Screen-Shot-2016-11-24-at-3-26-46-PM.png
Oleh Feyra Nasrom Sumber Kosmo

Nak wajah cantik dan nampak muda ada pelbagai cara dan produk kecantikan yang boleh didapati di pasaran. Bermacam produk dijual masa kini dan sememangnya mengambil kos perbelanjaan  yang tinggi untuk kekal cantik.

Tapi tahukah anda , nak cantik tak semestinya kita perlu berhabis wang membeli produk. Ada cara yang lebih mudah iaitu makan sayur labu. Kajian mengatakan labu boleh mengembalikan keremajaan pada wajah seseorang dan mempunyai kebaikan dari isi hingga ke biji labu. Jom baca kat bawah ni :

1)Vitaman A dan Antioksida

Menerusi kajian penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge , England, Dr Marilyn Glenville mendapati labu mempunyai vitamin A dan juga kaya dengan antioksida. Ia bemaksud labu sangat membantu mengawal paras kolestrol manusia disebabkan kaya dengan vitamin A dan juga tinggi antioksida.

2) Biji Labu

Biji labu boleh mencegah sakit kanser kerana mengandungi khasiat gamma-tocopherol dan juga vitamin E.

3) Boleh kurus?

Ya, labu sangat bagus untuk seseorang yang ingin menurunkan berat badan. Sebab? Labu merupakan sayur yang rendah kalori dan juga karbohidrat. Kajian ini dinyatakan sendiri oleh Dr Marily Glenville yang merupakan pakar penyelidik dan pemakanan nutrisi. Kalau korang nak tahu, labu cukup untuk membuatkan seseorang kenyang sepanjang hari.

4) Menghaluskan kulit dan menegangkan kulit

Labu mengandungi carotene dan vitamin A dimana mampu membuatkan kulit jadi tengang, licin dan halus. Confirm awet muda !

Haaa kalau korang nak nampak muda dan remaja dari usia sebenar, amalkan makan sayur labu ni okay! Memang banyak khasiatnya! 


EmoticonEmoticon