Saturday 11 March 2017

Lelaki Ni Sahut Cabaran Bawa Anak Berusia 11 Bulan Travel Luar Negara

Lelaki Ni Sahut Cabaran Bawa Anak Berusia 11 Bulan Travel Luar Negara

Sumber: Vitdaily Oleh: Aimi Nordin

Kalau sebelum kita banyak tengok lelaki mat saleh yang berani bawa anaknya travel ke luar negara berdua tanpa isteri mereka. Kini giliran lelaki Melayu dari Malaysia ni pula untuk sahut cabaran bawa anaknya travel ke Bangkok menaiki keretapi.

“Orang Putih Boleh Buat, Meh Kita Orang Melayu Pulak Buat”

Mohd Faizil Mohamed kini berada di Bangkok dan dalam masa yang sama sedang merancang perjalanan seterusnya bersama anak lelakinya untuk ke India atau pun Indonesia pada bulan September nanti. 

“Kalau ini (pengembaraan) anak saya ngam, maybe kami akan ke Indonesia dan India plak hujung tahun ni. Actually anak saya memang saya jaga sendri sebab saya full time photographer”

“So macam dah masak sangat dengan ragam dia. Tapi Alhamdulillah la dia memang tak banyak ragam. Tak nangis, tak merengek, tidur mana-mana pun boleh tidur”

“Tu yang saya try bawak dia jalan jauh tu. Mommy dia kerja on weekdays so memang tak boleh nak follow,” jelasnya yang turut mengajar anaknya, Ayyan agar tidak tidur di buaian.

Harap lepas ni makan ramai bapa yang berani bawa anak mereka travel berdua je tanpa ibunya. Baru lah bapa mithali kan. 
 




Dengarkan Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm


EmoticonEmoticon