Saturday 11 March 2017

Pendidikan Hanya Darjah Enam dan Bekerja Sebagai Pemandu Tak Halang Hasil Buku Ilmiah

Pendidikan Hanya Darjah Enam dan Bekerja Sebagai Pemandu Tak Halang Hasil Buku Ilmiah

Sumber: Harian Metro Oleh: Aimi Nordin

Tak dinafikan pendidikan sangat penting dalam hidup ini. Tapi tak bermakna tanpa pendidikan kita tak boleh berjaya. Sebagai buktinya, Othaman Hasin, 61 yang hanya belajar setakat darjah enam dan bekerja sebagai pemandu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tapi mampu menghasilkan buku ilmiahnya sendiri. 

Segalanya bermula apabila beliau menunjukkan koleksi gambar tumbuhan yang hampir pupus miliknya kepada Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM yang juga majikannya. 

Majikannya teruja dengan koleksi dan pengetahun Othaman dan menyarankan beliau menghasilkan buku ilmiah. Namun beliau tiada keyakinan. 

“Ketika mendengar saranan majikan, saya diam kerana tidak yakin mampu melakukannya, tambahan pula saya hanya bekerja sebagai pemandu di FRIM.

“Bagaimanapun selepas ditawarkan membuat buku tiga kali, saya akhirnya akur sebaik mendengar majikan bertanya apa yang akan saya wariskan kepada anak cucu sekiranya FRIM dijadikan tapak warisan dunia suatu hari nanti,” katanya.

Sejak itu Othaman dengan bantuan isteri yang juga merupakan penyelidik di sana berusaha sehabis mungkin untuk menghasilkan  buku yang terbaik serta mengambir gambar yang cantik. 

Mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan buku Koleksi 99 Spesies Buah di FRIM manakala buku Kenali 114 Spesies Buah-Buahan Liar pula mengambil masa dua tahun.

“Kenangan paling bermakna apabila buku Koleksi 99 Spesies Buah di FRIM dinobatkan sebagai Anugerah Buku Umum Terbaik (kategori Sains) pada Anugerah Buku Negara.

“Saat itu terasa diri ini sangat kerdil. Saya tidak sangka akan menang kerana banyak penyertaan daripada kalangan ilmuwan dan orang kenamaan sedangkan saya cuma pemandu lori yang berpendidikan setakat darjah enam,” katanya.

Sebelum ini, dia sudah menghasilkan dua jilid buku ilmiah sehingga salah satunya diiktiraf sebagai penerima Anugerah Buku Umum Terbaik (kategori Sains) Anugerah Buku Negara 2013.


Dengarkan Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm


EmoticonEmoticon