Saturday 11 March 2017

Lelaki Ni Sanggup Dukung Kawannya Yang Hilang Upaya Untuk Travel Eropah

Lelaki Ni Sanggup Dukung Kawannya Yang Hilang Upaya Untuk Travel Eropah


Susah nak dapat kawan yang sanggup bersusah payah dan berkongsi kegembiraan di kala senang dengan kita. 

Tapi buat Kevan Chandler, dia bertuah kerana ada kawan-kawan yang bukan sahaja sanggup bersusah deminya tapi membawanya travel ke seluruh Eropah selama 19 hari. 

Kevan hilang upaya badan selepas mengalami spinal muscular atrophy, iaitu masalah tulang belakang yang dihadapinya. Dengan keadaan dirinya yang begitu agak mustahil untuk Kevan mengikut kawan-kawannya pergi bercuti ke Eropah. Tapi bagi Tom Troyer, Philip Keller dan Benjamin Duvall ianya tak mustahil. 

Tom, Philip dan Benjamin akan mengambil giliran untuk dukung Kevan selama 19 hari mereka mengembara. Manakala seorang lagi kawan mereka Luke Thompson jadikan pengembaraan mereka sebagai satu dokumentari.

Seronoknya ada kawan-kawan macam ni kan. Susah senang sama-sama tapi yang paling penting, kumpul pengalaman mengembara dalam bentuk dokumentari supaya orang lain boleh jadikan contoh tiada apa yang mustahil di dunia ini untuk kita lakukan. 







EmoticonEmoticon