Saturday 11 March 2017

Lelaki Kelahiran Pulau Pinang Ini Bawa Cokmar Emas Pada Ulang Tahun ke-90 Ratu Elizabeth II Dengan Memakai Baju Melayu

Lelaki Kelahiran Pulau Pinang Ini Bawa Cokmar Emas Pada Ulang Tahun ke-90 Ratu Elizabeth II Dengan Memakai Baju Melayu



Sumber: The Vocket. Oleh: Aimi Nordin

Satu perasaaan bangga selepas kami menononton video seorang lelaki India memakai baju melayu sedang memegang cokmar emas pada sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II ke-90 baru-baru ini di Westminster Abbey, London. 

Lelaki tersebut adalah Kishva Ambigapathy, 26 yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang menjadi pembawa cokmar emas untuk Ratu Elizabeth II.

Semua generasi kerabat diraja Britain ada pada sambutan tersebut termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk juga Putera Harry. 

“Ke mana sahaja saya pergi di peringkat antarabangsa, saya akan pastikan saya datang dengan pakej budaya dan identiti kita rakyat Malaysia.

“Saya memilih baju Melayu kerana ia memang terkenal sebagai identiti Malaysia, walaupun saya berkuturunan India,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau dipilih oleh Ratu Elizabeth II dan Jawatankuasa Belia Komanwel 
(CYC ) sendiri kerana belum ada rakyat Malaysia yang diberi tanggungjawab itu. Faktor lain dia terpilih kerana dia memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC), pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 negara Komanwel seluruh dunia. 

“Saya sangat berbangga kerana mendapat peluang ini dan dihargai sebegini kerana bukan semua anak muda seusia saya merasai pengalaman sebagai pembawa cokmar untuk majlis seperti ini.

“Dan ini adalah penghargaan terbesar buat saya dan rakyat Malaysia amnya kerana pembawa cokmar adalah antara kedudukan tertinggi dalam mana-mana acara seumpamanya,” katanya yang juga bekas penuntut Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kejuruteraan.
 

 
 
 


EmoticonEmoticon