Saturday 11 March 2017

5 Kelebihan Jika Anda Mempunyai Lesung Pipit

5 Kelebihan Jika Anda Mempunyai Lesung Pipit



5 Kelebihan Jika Anda Mempunyai Lesung Pipit!

Perasan tak, mereka yang ada lesung pipit ni selalunya nampak muda dari usia? Camburunya!
Bila mereka senyum, ada aura istimewa kerana keunikan lesung pipit tersebut. Apa yang pasti lekuk di pipi tu buatkan empunya diri bertambah manis.
Selain comel, ini antara fakta dan kelebihan tentang lesung pipit yang ramai tidak tahu!



1. Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen , hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.


2. Ramai yang tertarik dengannya
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.
Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.


3. Kelihatan lebih muda
Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.


4. Penyebar aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.


5. Ramai selebriti jadi lebih popular
Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.


EmoticonEmoticon