Friday 10 March 2017

Awas Jika Jamah Ikan Patin Masak Tempoyak!

Awas Jika Jamah Ikan Patin Masak Tempoyak!
Keadaan kolam dan tulang babi yang ditemui di sebuah kolam dalam satu operasi di Kampar, Perak kelmarin. (Gambar: Bernama)
Menikmati ikan patin masak tempoyak mahupun ikan talapia masak merah memang cukup menyelerakan. Namun, sebagai pelanggan yang membelinya di pasar mahupun menjamahnya di restoran harus lebih berhati-hati jika kemungkinan ikan yang dibeli atau dimakan itu datang dari sumber ternakan di kolam ikan yang menggunakan daging atau tulang babi sebagai makanan ikan tersebut.
Satu kejadian mengejutkan didedahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila operasi mereka bersama Jabatan Perikanan Perak dan beberapa agensi lain di sebuah kolam penternakan ikan air tawar di Kuala Dipang, Kampar, Perak selepas menemui tulang dan kesan daging babi di kawasan itu, kelmarin.
Difahamkan, kolam ternakan tersebut yang juga bekas lombong bijih timah menternak pelbagai jenis ikan seperti patin, rohu dan talapia dipercayai beroperasi sejak lima tahun lalu dan ikan-ikan dari kolam ini dijual di pasar sekitar Perak dan Pasar Selayang, seperti dilaporkan Bernama.
Jabatan Perikanan Perak juga menyatakan semakan terhadap kolam itu mendapati ia tidak pernah didaftarkan dengan jabatan itu dan beroperasi secara haram. Bagaimanapun, contoh ikan di situ diambil untuk di analisis di makmal untuk mengenalpasti sama ada ia mengandungi DNA babi atau tidak.


EmoticonEmoticon