Friday 10 March 2017

IKTIBAR!!!Bapa Cuai, 2 Kanak-Kanak Mati Sekelip Mata

Bapa Cuai, 2 Kanak-Kanak Mati Sekelip Mata


TIANJIN – Dua beradik maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli-belah di China, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah terbabit.
Malangnya disebabkan dakapan si bapa tidak cukup kuat, anak lelakinya secara tidak sengaja terlepas dari tangan membuatkan kanak-kanak itu terjatuh ke bawah.
Lelaki terbabit dilaporkan cuba menjenguk ke bawah untuk mencari isterinya, tetapi hilang imbangan badan menyebabkan dia terlepas anak sulungnya.
Sedang cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak perempuannya juga terlepas dari tangan menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh ke aras bawah.
Kedua-duanya terjatuh dengan impak kepala terhempas pada lantai, membuatkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu turut sedih dan bersimpati.
Butiran lanjut kejadian tidak diketahui, tetapi seorang pengguna Weibo mengingatkan pengguna Internet lain supaya tidak mengecam bapa berkenaan kerana tragedi itu sudah cukup perit bagi lelaki terbabit.
Kejadian serupa turut dilaporkan pernah berlaku di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, November tahun lalu apabila seorang nenek hilang imbangan ketika menggunakan eskalator dan terlepas bayi yang dikendongnya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...


EmoticonEmoticon