Thursday 9 March 2017

Isu Makanan RMT "Melampau", Ini Komen Balas Pihak JPN.... Memang Tak Sangka !



KUALA LUMPUR - Susulan dakwaan mengenai menu makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sebuah sekolah di Pasir Mas yang dianggap daif, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Ab Aziz Abdullah tampil menafikan dakwaan itu. 


"Pihak kami sentiasa memantau kualiti makanan yang disediakan agar mengikut menu bernutrisi yang sudah ditetapkan. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas yang sengaja memburukkan JPN dan Kementerian Pendidikan. 

"Tidak timbul isu sekolah sediakan makanan yang tidak berkhasiat kerana pemantauan pegawai kami mendapati menu yang dihidangkan adalah seperti apa yang sudah kita tetapkan iaitu nasi goreng Cina bersama lauk daging, tembikai dan air Milo. Bukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar, nasi dengan sosej," katanya. 

Jelas beliau lagi, hidangan itu biasanya disaji pada waktu pagi dan ketika itu pengusaha masih dalam proses penyediaan. Hidangan sosej pula adalah menu tambahan sumbangan pengusaha kantin sebagai galakan murid makan di situ. 

Beliau juga menasihati masyarakat agar tidak mudah menerima dan menyebarkan maklumat yang diragui kebenaran. - The Reporter (thereporter.my)


EmoticonEmoticon