Friday 10 March 2017

'Kerana mereka lah Dato dapat membeli harta-harta ini semua' - Lelaki ini tegur jutawan kosmetik tayang harta

'Kerana mereka lah Dato dapat membeli harta-harta ini semua' - Lelaki ini tegur jutawan kosmetik tayang harta


KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri, sebelum ini pernah memuat naik gambar dirinya makan secara bersila di lantai dapur rumah, di bilik hotel dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga kerap memuat naik gambar 'hartanya' bagi tujuan perkongsian bersama followers beliau. 

Namun, akhir-akhir ini ada netizen yang menganggap tindakannya itu amat menjengkelkan dan tidak selesa dengan sikapnya yang didakwa gemar menunjuk-nunjuk. 

9 Mac yang lalu, beliau memuat naik gambar 'rumah sementaranya' di laman Facebook dengan kapsyen yang dianggap tidak wajar. 

"Rumah sementara saya, sementara nak tunggu rumah baru saya siap dibina. Di sini sunyi dan sejuk. Memang keko sikit duduk sini pada awalnya sebab size rumah ini agak kecil sedikit. Memang ada 8 bilik tetapi bilik kecil-kecil. 

"Tiga bilik untuk simpan baju sahaja, situlah bilik maid 4 orang, anak 3 orang, tukang kebun lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Dugaan nak tunggu rumah baru siap," tulisnya. 


Tampil seorang lelaki bernama Hazizi Harris menegur jutawan berkenaan dan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi Dato Aliff Syukri. 

"Dato nak tau tak satu fakta? Orang yang membeli produk-produk mengarut dato ini ramai yang tinggal di flat-flat, kampung-kampung dan ada yang tinggal di rumah kongsi.

"Kerana mereka lah dato dapat membeli harta-harta ini semua," katanya. 

Bagaimanapun, Dato Aliff Syukri tampil memohon maaf di atas posting 'riaknya' itu.

"Saya mohon maaf, ini jawapan saya kepada wartawan dan netizen mengenai viral isu rumah kecil.

"Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu, sementara menunggu rumah baru saya siap. Isu viral rumah yang saya katakan kecil 8 bilik ini sebab sebelum ini rumah ini kelihatan cantik. Sebab bilik yang ada kelihatan cantik tanpa ada baju yang banyak dan serabut.


"Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak berkongsi apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial dan saya tidak menyangka ia menjadi isu.

"Saya memohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini," katanya. - The Reporter


EmoticonEmoticon