Friday 10 March 2017

KINI VIRAL : Viral Premis Sembelihan Ayam Di Kuantan Jijik & Meloyakan, Lihat Gambar-Gambar Ini !

KINI VIRAL : Viral Premis Sembelihan Ayam Di Kuantan Jijik & Meloyakan, Lihat Gambar-Gambar Ini !

Viral Premis Sembelihan Ayam Di Kuantan Jijik & Meloyakan, Lihat Gambar-Gambar Ini !


Kuantan - Viral di media sosial berkaitan dengan Pusat Sembelihan Ayam yang beroperasi tanpa tauliah yang dipercayai tiada kebersihan di kawasan Jalan Kuantan-Segamat di sini dan netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.
Berita ini telah mendapat respon netizen yang mengatakan premis penyembelihan terbabit kotor, jijik serta meloyakan malah bilik sejuk beku juga dikatakan berbau busuk.
Ekoran kejadian itu yang tular di laman sosial, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah membuat serbuan semalam pada jam 2 pagi dan mendapati kesemua pekerja di pusat penyembelihan itu tidak memiliki tauliah JAIP walaupun telah lama beroperasi semenjak 8 tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, pemilik premis terbabit sebelum ini pernah membuat permohonan sijil pentauliahan sembelihan untuk pekerjanya tetapi telah ditolak JAIP disebabkan kriteria kebersihan.
Melalui siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan, pusat sembelihan tersebut masih lagi gagal memenuhi tahap kebersihan yang sepatutnya dititikberatkan oleh pemilik syarikat terbabit.

Difahamkan, ayam yang disembelih di premis tersebut mengikut kaedah yang menepati hukum syarak iaitu dengan memutuskan urat marih dan halkum menggunakan senjata tajam tetapi masih gagal memperolehi sijil pentauliahan JAIP di atas sebab permasalah kebersihan di kawasan premis.
Pusat sembelihan itu juga dikatakan dalam keadaan yang meloyakan kerana sisa dan organ dalaman ayam diletakkan bersama ayam yang telah disembelih di dalam bilik sejuk beku yang dikunci.
Siasatan juga dilakukan ke atas peralatan yang digunakan untuk penyembelihan dan mendapati alatan tersebut tidak dibersihkan dengan baik. Kawasan premis penyembelihan juga didapati tidak dibersihkan setelah proses penyembelihan dilakukan.
Pemeriksaan mendapati rata-rata peralatan digunakan tidak dibersihkan dengan baik selain kawasan penyembelihan itu sendiri yang tidak dicuci selepas proses sembelihan dilakukan.


EmoticonEmoticon