Thursday 9 March 2017

PDRM Kesan 20 Organisasi Terima Dana Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan

PDRM Kesan 20 Organisasi Terima Dana Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan

JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti hampir 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menerima dana asing bertujuan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan.  PDRM
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata siasatan yang dijalankan sejak bulan lalu mendapati dana berkenaan diterima NGO terbabit sama ada daripada individu tertentu mahupun organisasi yang berpusat di luar negara.  
Katanya, selepas polis melengkapkan kertas siasatan, ia akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat ini untuk tindakan selanjutnya.  
"Mengikut rekod Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negara ini terdapat 50,000 NGO berdaftar, namun hingga kini hampir 20 (NGO) dikenal pasti menerima dana asing bagi tujuan yang tidak dinyatakan tujuan kegunaannya dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.  
"Sebagai contoh, BERSIH berdaftar sebagai syarikat pengiklanan, mereka sepatutnya menjalankan kerja pengiklanan, sebaliknya menganjurkan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan yang turut disertai pemimpin pembangkang.  
"Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan beberapa perkara lain termasuk senarai NGO terbabit kerana masih tertakluk kepada proses siasatan," katanya.  
PDRM
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata demikian selepas merasmikan pencarian Ikon Usahawan Belia Muslimah Johor anjuran Persatuan Usahawan Muslimah Johor di sini, hari ini.  
Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata, beberapa NGO di Malaysia ketika ini dalam pemerhatian dan siasatan pihaknya kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk menimbulkan ketegangan serta mengancam keselamatan negara.


EmoticonEmoticon