Friday 10 March 2017

Pejabat Agen Risikan Korea Utara Di Kuala Lumpur?

Pejabat Agen Risikan Korea Utara Di Kuala Lumpur?


Pejabat Agen Risikan Korea Utara Di Kuala Lumpur?
Pejabat Glocom yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur. (Gambar: Reuters)
Di sebalik kes pembunuhan Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang masih dalam siasatan, sebuah syarikat iaitu Glocom dipercayai diusahakan agen perisikan Korea Utara pernah beroperasi di Kuala Lumpur.

Pendedahan itu dibuat media antarabangsa, Reuters yang melihat laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar kepada Majlis Keselamatan menyatakan syarikat tersebut membekalkan peralatan ketenteraan seperti alat komunikasi radio. Glocom dipercayai mempunyai pejabatnya di Kuala Lumpur manakala dua syarikat tempatan di negara ini dikuasai pemenang saham dan ahli lembaga pengarah Korea Utara turut mendaftarkan laman sesawang Glocom pada tahun 2009.

Bagaimanapun, jurucakap misi Korea Utara di PBB memberitahu agensi media antarabangsa itu, dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Glocom. Malaysia sebelum ini mempunyai hubungan erat dengan Korea Utara yang membolehkan rakyat kedua negara melancong tanpa menggunakan visa.

Laporan media antarabangsa itu juga mendedahkan merujuk pangkalan data 'WHOIS', pemilik laman sesawang, Glocom.com.my didaftarkan International Global System pada tahun 2009 yang mempunyai alamat di Kuala Lumpur. Glocom kemudian mendaftar laman sesawang baru, glocom-corp.com pada pertengahan Disember lalu yang memaparkan maklumat produk alat komunikasi radio syarikat itu dan Glocom juga diuruskan sebuah syarikat di Singapura iaitu Pan Systems.

Pada Februari 2014, tiga rakyat Korea Utara ditahan pihak Kastam di Lapangan Terbang Tambang Murah Kuala Lumpur (LCCT) kerana didakwa cuba menyeludup wang sebanyak AS$450,000. Menurut sumber, ketiga individu itu menyatakan mereka bekerja di Pan Systems dan wang tersebut milik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.
 


EmoticonEmoticon