Friday 10 March 2017

SPRM Tahan Bendahari Kehormat JDT Kerana Rasuah

SPRM Tahan Bendahari Kehormat JDT Kerana Rasuah

bendahari%2Bkehormat%2BJDT%2BAbdul%2BLatif%2BBandi

PETALING JAYA: Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

Abd Latif ditahan pada kira-kira pukuk 11 pagi semalam ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru. Beliau juga memegang jawatan selaku Bendahari Kehormat JDT yang membentangkan laporan kewangan tahunan kelab bola sepak kebanggaan Bangsa Johor tersebut.

bendahari%2Bkehormat%2BJDT%2BAbdul%2BLatif%2BBandi
Sumber gambar - Laman Web JohorSouthernTigers

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan penahanan tersebut, ketika mengadakan lawatan ke pejabat The Star di sini, Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.

Khaled Nordin Susun Semula Exco Kerajaan Negeri

Susulan cuti Abd Latif, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu mengumumkan penyusunan semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri Johor berkuatkuasa Ahad ini di mana jawatan Abd Latif akan dipangku Datuk Md Jais Sarday.

Difahamkan, Abdul Latif mengambil cuti selepas anak lelaki dan pegawai khasnya ditahan SPRM dalam operasi pada pagi 28 Februari lalu.
Turut ditahan dua pemaju, masing-masing seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal sama di Johor.

SPRM Rampas Kereta Mewah, Beku 45 Akaun Bank

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,00 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.



Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataannya berhubung penahanan Abdu Latif itu berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.-MStar


EmoticonEmoticon