TOLONG JANGAN BAGI ANAK DARA ANDA PAKAI "BENDA" NI LAGI. TEGNOK LA SENDIRI KESANNYA.
Saya sedih dan kasihan dengan kawan-kawan perempuan yang memakai bulu mata palsu. Semua sudah sedia maklum akan hukum memakai bulu mata palsu adalah haram. Sekarang pula, kita sudah menjadi biasa melihat video-video live make up yang pasti ada diajarkan cara memakainya. Yang ramai terlibat adalah MUA dan wanita berhijab.
Masa zaman study dulu, saya pernah membeli sepasang dan mencubanya. Memang cantik dan muka terus berubah. Mata menjadi lebih besar dan menggoda.
Masa bertunang dan kahwin, saya berperang jiwa dan raga nak nampak cantik dan mata galak. Tetapi suami memang tegas tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Sedih juga pada masa itu, tetapi syukur sekarang Allah beri saya faham. Faham yang kita ini ada pilihan untuk menahan nafsu di dunia ini kerana Allah yang pasti tinggi ganjarannya atau acah-acah tak tahu hukum dan bebas kelihatan cantik tetapi dimurkai Allah.
Ada juga yang berniaga menjual bulu mata palsu, diharapkan berhenti saja menjualnya kerana bersangkut paut dengan status keberkatan rezeki. Jangan sesekali pandang remeh tentang apa-apa yang berkaitan dengan darah daging kita.
Saya tidak kisah kalau ada yang nak unfriend saya disebabkan perkongsian ini. Saya nekad kerana sifat ihsan dan sayang pada kawan-kawan semua.
Saya dulu juga begitu, suka make up, suka cantik. Allah maha pengampun lagi maha menerima taubat. Kita dah tahu, kita jangan buat dah. Jangan jadikan dosa itu satu kebiasaan. Kita sama-sama mendidik hati ini agar lebih takutkan Allah. Dunia ini penjara buat mukmin dan bukannya tempat tinggal kita. Kita semua anak-anak akhirat yang akan menuju ke sana.
EmoticonEmoticon