Thursday 9 March 2017

Tukar Kereta Baru Setiap 4 Tahun Lebih Berbaloi Dengan Cara Ini

Tukar Kereta Baru Setiap 4 Tahun Lebih Berbaloi Dengan Cara Ini

Tidak dinafikan setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih kereta tetapi faktor kewangan sering mengehadkan kita daripada memiliki kereta idaman. Walaubagaimanapun, dengan perancangan yang teliti ianya bukanlah suatu yang mustahil sepertimana yang dikongsikan oleh Saudara Khairul Ezuwan ini. Selamat membaca.kereta%2Bbaru
Suka Upgrade Kereta ? Cuba guna Kaedah ini
Buat pembiayaan kenderaan untuk tempoh pembiayaan 9 tahun sudah tidak relevan buat masa kini KECUALI anda nak upgrade kereta selepas 9 tahun atau Memang tak nak tukar Kereta lain. 
Depreciation kereta hari ini makin Tinggi & cepat. Kebanyakan orang terbantut nak upgrade Kereta Hari ini disebabkan bila trade in kereta Kena tambah duit RM5,000- RM20,000 bergantung kepada jenis & jenama kenderaan. 
Puncanya adalah tempoh pembiayaan 9 tahun tidak selaras dengan penurunan harga kereta waktu ini.
Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai.
Contoh:
Deposit : 10%
Tempoh pembiayaan : 6 tahun
Budget bayaran bulanan : RM600
Kereta : ??
KERETA PERTAMA
➖➖➖➖➖➖➖
Deposit 10% = RM4,000
Budget Bayaran bulanan : RM600
Harga Kereta = RM40,000
Jumlah pembiayaan = RM36,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3.45% setahun
Beli Kereta = New Saga 1.3 CVT STD✔️
15390709_1167147839989419_4170064551988046939_n
Value Kereta Saga selepas 4 tahun = RM24,000
Baki hutang selepas 4 tahun = RM13,000
Refund cash selepas trade in = RM11,000
Katakan selepas 4 tahun gaji anda sudah meningkat , anda budget bayaran bulanan untuk kereta RM900. Kekalkan pembiayaan 6 tahun sahaja.
KERETA KEDUA
➖➖➖➖➖➖
Deposit : RM11,000 (guna duit trade in Kereta saga)
Budget Baru bayaran bulanan = RM900
Harga kereta = RM68,000 - (discount RM2,000 ) = RM66,000
Jumlah pembiayaan = RM55,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta : New Toyota Avanza 1.5✔️
15241990_1167147846656085_1229581667578666467_n
Value kereta Avanza selepas 4 tahun = RM45,000
Baki pembiayaan selepas 4 tahun = RM20,000
Refund cash selepas trade in = RM25,000
Selepas 4 tahun gaji meningkat lagi, budget bulanan anda untuk kereta RM1,200
KERETA KETIGA
➖➖➖➖➖➖
Deposit : RM25,000 (Guna duit trade in kereta Toyota Avanza
Budget baru bayaran bulanan : RM1,200
Harga Kereta = RM98,000
Jumlah pembiayaan = RM73,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta = Ford Ranger 2.2 XLT✔️
15349641_1167147883322748_8087220091682900440_n
Lepas tu Kereta apa? pandai-pandai la Anda pilih sendiri
*Kepada yang dah Habis bayar Hutang Kereta tidak mahu berhutang lagi, Itu mungkin yang Terbaik untuk anda.
*Kepada yang terus nak gunakan tempoh 9 tahun , Itu terpulang kepada anda, mungkin di situ keupayaan & keperluan anda.
*Status ini sekadar idea bagi mereka yang mahu upgrade kereta dengan cara yang lebih Baik .
  1. Tidak perlu trade in Kereta dengan terpaksa menambah duit bila jumlah hutang melebihi value semasa kereta.
  1. Tidak perlu mengeluarkan deposit dari cash sendiri. Hanya menggunakan value trade in.
  1. Deposit yang tinggi hasil dari trade in Kereta sebelumnya.
-KEY-
Adakah perkongsian ini memberikan manfaat? Jika ya, sila kongsikan dengan rakan-rakan yang lain juga.
kereta


EmoticonEmoticon