Friday 10 March 2017

Zaidatul Husniah Pecah Rekod 100 Meter Tetapi Tidak Diiktiraf

Zaidatul Husniah Pecah Rekod 100 Meter Tetapi Tidak Diiktiraf
Pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berjaya mencatat rekod baru negara dalam acara 100 meter pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, semalam. Meskipun, dia mencatat 11.35 saat yang dikira memecahkan rekod Kebangsaan atlet, G Shanti dengan catatan 11.50 saat pada 7 Mei 1993 di Kuala Lumpur, ianya tidak diiktiraf.
Atlet berusia 24 tahun itu dimaklumkan penganjur sejam selepas habis larian, catatan itu tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin +2.5 saat. Olahraga antarabangsa menetapkan hanya membenarkan catatan masa yang menerima bantuan angin sebanyak +2s ke bawah.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, tiada rekod baharu kebangsaan dalam 100 meter wanita kerana catatan masa Zaidatul Husniah tidak diiktiraf akibat mendapat bantuan angin +2.5 saat, katanya seperti dilaporkan Utusan Online.


EmoticonEmoticon