Friday 10 March 2017

Salah Siapa Punca Gadis Tercucuk Besi Eskalator?

Salah Siapa Punca Gadis Tercucuk Besi Eskalator?
Satu gambar tersebar di media sosial menunjukkan seorang gadis tercedera selepas menggunakan eskalator di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.
Pengguna eskalator dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berada di pusat membeli belah selepas satu lagi kes terbaru berlaku di pusat membeli belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin. Kali ini seorang gadis berusia 20 tahun menjadi mangsa selepas tercedera kaki kanan akibat tercucuk besi penghadang bahagian bawah eskalator. 
Kejadian dipercayai berlaku jam 4 petang menarik perhatian pengguna di media sosial. Gadis itu dikatakan menggunakan eskalator tersebut untuk turun ke tingkat bawah sebelum besi penghadang secara tiba-tiba tercabut dan terkena kakinya, seperti dilaporkan Utusan Online.
Sementara itu, pihak pengurusan pusat membeli belah itu dalam kenyataan mereka di Facebook menyatakan mangsa yang juga seorang pelajar menerima rawatan di hospital berdekatan dan mereka bertanggungjawab terhadap rawatan gadis itu. Pihaknya juga menyatakan hasil siasatan mendapati berlaku penyalahgunaan eskalator sebelum ini termasuk penggunaan kereta sorong bayi yang menyebabkan berlakunya kemalangan terhadap gadis itu.
Tambahnya, pihak mereka memastikan semua eskalator di pusat membeli belah itu mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan bersama OTIS dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan manakala keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Sebagai langkah seterusnya, mereka akan memasang penghadang pada semua eskalator untuk menghalang daripada pengguna membawa kereta sorong bayi, troli, kerusi roda dan peralatan lain seumpamanya menerusi eskalator.


EmoticonEmoticon