Friday 10 March 2017

Theropod, Sauropod Pernah Wujud Di Gua Musang?

Theropod, Sauropod Pernah Wujud Di Gua Musang?
Hasil kajian yang dijalankan mendapati struktur batu di kawasan itu sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur seperti Theropod. (Gambar: BBC)
Dua spesis dinosaur, Theropod dan Sauropod dipercayai pernah menghuni kawasan Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan. Perkara itu didedahkan pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak menolak kemungkinan akan menemui spesis dinosaur Theropod dan Sauropod di kawasan tersebut. 
Meskipun belum menemui sebarang fosil haiwan itu, mereka menyatakan hasil kajian yang dijalankan mendapati struktur batu di kawasan itu sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur.
Ketua Jabatan Geobumi UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar menyatakan pasukan penyelidik sebelum ini pernah menemui fosil seperti gigi dan tapak kaki spesis dinosaur tersebut di Sungai Cicir, Kuala Berang yang mempunyai jarak kira-kira 60 kilometer dari kawasan baru ini, katanya seperti dilaporkan Utusan Online.
Merujuk penyelidikan Ekspedisi Gagau - Menjejak Dinosaur yang dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) pada 13 sehingga 23 Oktober 2014 menemui fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod.


EmoticonEmoticon